UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI .... 0198887855 SHAM...

HTML Codes

10.19.2010

Rumah Budaya Sarawak



Rumah budaya Sarawak
Bolehkah anda  melawat seluruh Sarawak dalam masa hanya 3 jam? jawapanya sudah tentu di Rumah Budaya Sarawak.  Terletak lebih kurang 38 km dari bandar Kuching (di kawasan Santubong).  Anda boleh merasai dan menatap budaya etnik yang terdapat di Negeri Sarawak.  Anda akan dihiburkan dengan dendangan alatan muzik tempatan serta berpeluang mempelajari seni tarian etnik di sini.  Jangan lepas peluang hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Jong Crocadile Farm



Jong Crocadile
Anda boleh melihat jenis-jenis buaya yang dpelihara.  Kebanyakan buaya disini adalah dari spesis yang boleh ditemui di perairan dan Sungai Sarawak.  Kedudukan Jong Crocadile Farm lebih kurang 30 km dari Kuching dan dibuka setiap hari.  Jina anda bernasib baik sekiranya tiba ditapak waktu yang sesuai anda boleh menyaksikan acara buaya diberi makan.  Ini pasti akan menjadi pengalamanyang tidak mungkin anda lupai.  Di sini juga terdapat muzium mini berkaitan buaya dan pameran buaya pelik.
 Hubungilah kami untuk keterangan lanjut.


10.05.2010

Semanggoh Wild Life Centre



Pusat pembiakan dan pemulihan Orang Utan milik Sarawak Forestry Kedudukan lebih kurang 25 km dari Kuching.  Di sini anda dapat melihat bagaimana kerja pemulihan orang utan dijalankan dan anda boleh bergambar serta berpeluang untuk berdampingan dengan orang utan yang manja.  Haiwan  yang hampir pupus ini telah menjadi penarik berjuta-juta pengunjung...  Jangan lepaskan peluang untuk melawat tapak ini.



Pasar Sarikin



Pasar sarikin merupakan sempadan antara Sarawak dan Indonesia dan berada 45 minit ke arah selatan di daerah Bau.  Pasar Sarikin (lebih kurang Wang Klian di Perlis) akan dibuka pada hujung minggu.  Beraneka barang anda boleh beli di sini untuk di jadikan cenderahati dengan harga yang amat berpatutan.



Anada boleh dapatkan kain pasang, kain batik Indonesia, barangan perhiasan dan bermacam macam lagi



Taman Negara Bako

Taman negara yang paling ramai dikunjungi di Negeri Sarawak.  Terletak lebih kurang 30 km dari Kuching ke arah utara.  Taman Negara Bako telah ditemui sejak tahun 1957 dan kawasannya masih tidak terganggu dan bersih.

Untuk mengunjungi Taman Negara ini anda perlu menaiki kenderaan awam ke Kg. Bako dan kemudian menaiki bot penambang.  Dengan cara ini akan menghadkan pelawat bagi menjaminkan kawasan tersebut bersih.


Daya tarikan utama disini adalah permandangan laut, hutan bakau serta ungas dan 'Monyet Belanda'